14 February 2020

Jadual dan Tarikh Terkini Karnival Pendidikan Tinggi Negara

Berita Baik untuk semua Lepasan SPM dan STPM | ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA)? Apa itu Program Jom Masuk IPT 2020? Perhatian buat para pelajar yang ingin ketahui tarikh dan lokasi Program Jom Masuk IPT 2020.


Jom Masuk IPT 2020/2021 bakal melibatkan 8 lokasi atau zon di seluruh Malaysia dimana berlangsung mulai 15 Februari 2020 hingga 29 Mac 2020.
Berikut dikongsikan Tarikh dan Lokasi Program Jom Masuk IPT 2020 buat rujukan anda.

Sebelum membuat permohonan kemasukan ke IPT secara online melalui UPU, pelajar boleh menyelidik dahulu tentang manfaat dan implikasi dalam memilih bidang pelajaran yang diinginkan. Pengunjung Karnival Jom Masuk IPT akan mendapat faedah seperti:
  • Mendapatkan info mengenai IPT dalam negara serta pelbagai program pengajian yang ditawarkan.
  • Dapat membandingkan pilihan program pengajian yang ditawarkan oleh IPT berdasarkan kelayakan akademik pelajar.
  • Memberikan idea dalam melanjutkan pengajian tinggi dan hala tuju yang jelas berkenaan pengajian dan karier pelajar.
  • Membantu pelajar untuk membuat keputusan yang tepat dalam memilih IPT.
  • Boleh mendapatkan nasihat tentang pemilihan program pengajian dari wakil IPT.

Waktu Program Jom Masuk IPT 2020

◾Waktu Masuk: 9:00 pagi hingga 5:00 petang ◾Masuk adalah percuma

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar JPT KPT di talian 03 – 8870 8200 atau layari FB Page Rasmi BPKP KPT.
Semoga perkongsian Tarikh dan Lokasi Program Jom Masuk IPT 2020 ini dijadikan rujukan buat pelajar semua!