Kepada semua Belia yang merancang untuk pembelian rumah pertama, kini peluang anda untuk mendapat bantuan kerajaan yang kini di buka.
Bagi yang ingin membeli rumah berharga RM500,000 ke bawah, anda boleh memohon Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 di bawah skim MyHome BSN.
Dengan adanya skim ini, diharapkan warganegara Malaysia yang bujang dan sudah berkahwin mampu untuk membeli rumah pertama mereka dengan adanya kemudahan pembiayaan perumahan SPB BSN.
Dengan adanya skim ini, diharapkan warganegara Malaysia yang bujang dan sudah berkahwin mampu untuk membeli rumah pertama mereka dengan adanya kemudahan pembiayaan perumahan SPB BSN.
Dana subsidi sebanyak RM200 sebulan sepanjang 2 tahun pertama turut disediakan.
Sebagai contoh jika jadual pembayaran bulanan rumah sebanyak RM1,500 sebulan, jadi peminjam hanya perlu membayar RM1,300 dalam tempoh 2 tahun pertama.
Namun skim SPB 2020 terhad dan ditawarkan kepada 20,000 unit rumah sahaja berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’ – sama seperti skim MyDeposit.
SKIM PERUMAHAN BELIA BSN
Antara ciri-ciri dan kelebihan skim ini adalah:
- Kemudahan ini ditawarkan bagi membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subsale.
- 100% pengecualian duti setem atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000
- Disamping itu, kerajaan juga memberikan bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan dalam tempoh 2 tahun, daripada tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju@penjual
Skim bantuan ini sesuai kepada hartanah dari RM100,000 – RM500,000.
Tempoh pinjaman adalah dari 5 tahun sehingga maksimum 35 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh Pinjaman).
Tempoh pinjaman adalah dari 5 tahun sehingga maksimum 35 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh Pinjaman).
Kadar faedah adalah seperti yang sudah diterapkan di portal rasmi BSN iaitu:
- Daripada KA + 0.60% sehingga KA + 3.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
- Bagi jumlah pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan tanpa tempoh lock-in, kadar faedah indikatif adalah BR + 0.80%*.
- Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 4.10% (berkuatkuasa mulai 7 Februari 2018).
Yuran pembayaran guaman perlulah dibayar sendiri oleh pembeli dan anda juga boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membayar ansuran.
SYARAT PERMOHONAN SPB 2020
Kepada yang berminat untuk memohon skim perumahan BSN ini, sila penuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:
1. Warganegara Malaysia
2. Belia yang sudah berkahwin umur 25-40 tahun
3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
4. Pembeli rumah pertama sahajaPermohonan haruslah disertakan dengan beberapa dokumen yang diperlukan seperti berikut:
2. Belia yang sudah berkahwin umur 25-40 tahun
3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
4. Pembeli rumah pertama sahajaPermohonan haruslah disertakan dengan beberapa dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
- Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
- Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
- Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
- Salinan penyata KWSP
- Surat pengesahan berkerja daripada majikan
- Borang EA/ EC
Bagi yang bekerja sendiri, sila bawa dokumen berikut:
- Borang B/BE dan Resit LHDN
- Surat pendaftaran syarikat (SSM)
- Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
- Dokumen – dokumen lain (jika perlu)
Permohonan skim bantuan ini boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN atau klik sini untuk memohon.
MOGA BERJAYA .. MOHON SEKARANG!!