15 February 2020

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2020/2021


Berminat untuk memohon Program Matrikulasi, KPB ? Panduan permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan Matrikulasi untuk kemasukan ke Kolej Matrikulasi KPM boleh dilakukan secara online.


 

Syarat Kelayakan Minimum

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi KPM:

Program Dan Jurusan Yang Ditawarkan

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan:
A) Program Matrikulasi Sistem Dua Semester
  • Jurusan Sains
  • Jurusan Kejuruteraan
  • Jurusan Perakaunan
  • Jurusan Perakaunan Profesional (Bumiputera sahaja)
B) Program Matrikulasi Sistem Empat Semester
  • Jurusan Sains (Bumiputera sahaja)

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2020.
Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019.
Jurusan Sains
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia dan salah satu mata pelajaran sama ada Fizik atau Biologi.
Jurusan Kejuruteraan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada mata pelajaran seperti yang berikut:
Biologi/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan.
Jurusan Perakaunan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:
Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Jurusan Perakaunan Professional
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:
Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Cara Permohonan

Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi laman web (portal rasmi) sistem aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI).
Pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan individu iaitu (PIN) dengan membayar RM10 kepada kaunselor / guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN untuk permohonan program Matrikulasi di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membolehkan mengakses borang permohonan online.
Nota : Pemohon dinasihatkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon

Maklumat Lanjut

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-8884 4083/4036/4040; atau
  • Layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan http://www.moe.gov.my

Baca juga : Panduan Permohonan UPU Online 2020