2 December 2019

Panduan Permohonan Online UPU 2020 (Lepasan SPM/ STPM)

PERMOHONAN UPU 2020 ONLINE (LEPASAN SPM/ STPM)

Berikut adalah maklumat tentang permohonan UPU 2020-2021 termasuk memaparkan tarikh buka & tutup, cara beli nombor pin UPU dan aplikasi permohonan :

CARA PERMOHONAN UPUONLINE 2020

1. Pemohon perlu membuat pembelian nombor PIN UPU 2020-2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum memohon UPU secara online. Harga seunit nombor pin UPU bernilai RM15.60 yang boleh didapati di kaunter atau mesin ATM BSN.
2. Setelah adanya nombor pin UPU, pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di sistem UPUOnline.
3. Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline
untuk permohonan kemasukan ke UA.
4. Pemohon wajib memasukkan enam (6) item berikut untuk membuat Daftar Kali Pertama :-
a) No Kad Pengenalan
b) Alamat E-mel
c) Nama Ibu
d) Kata Laluan
e) Kod Keselamatan
f) Soalan Keselamatan Profil Akaun
5. Sekiranya pemohon telah mendaftar, pemohon boleh login dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat.
6. Pemohon hendaklah mengisi maklumat yang disediakan seperti Isi Maklumat Peribadi, Maklumat Keluarga, Maklumat Akademik, Pilihan Program Pengajian dan Maklumat Lain-lain.
7. Pemohon wajib klik butang “Sah & Hantar” bagi memastikan maklumat
permohonan telah selamat diterima oleh sistem. Maklumat yang dicetak sebelum klik butang “Sah & Hantar” tidak boleh dijadikan sebagai bukti bahawa pemohon telah berjaya mengemukakan permohonan.
8. Setelah klik butang “Sah & Hantar”, penyataan “Terima Kasih” Permohonan Anda Telah Selamat Diterima Oleh Sistem” dan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar akan dipaparkan dengan maklumat seperti berikut:
a) Tarikh Permohonan;
b) Masa Permohonan;
c) Rujukan Permohonan;
d) Semua maklumat permohonan yang telah diisi;
e) Tarikh kemaskini pilihan program;
f) Tarikh-tarikh penting hebahan temuduga;
g) Tarikh kemaskini Fasa 2 bagi calon Matrikulasi/Asasi.
9. Maklumat lengkap permohonan boleh dicetak melalui pautan “Cetak Slip”.

Carta Alir Permohonan UPUOnline
Sebarang keterangan tentang kemasukan ke Universiti Awam, sila hubungi talian helpline UPU di 03 – 8870 8200 atau layari ke laman web UPU http://upu.mohe.gov.my/web/.
Semoga pelajar berjaya mendapat tawaran kemasukan ke universiti di Malaysia ambilan 2020-2021.