29 June 2021

i-Citra KWSP | Cara Mohon, Semakan Kelayakan dan Tarikh Bayaran

Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP 2021 | Tarikh Permohonan dan Jadual Pembayaran i-Citra | Login i Citra KWSP | Daftar dan Permohonan i-Citra Online serta Syarat Kelayakan i-Citra KWSP

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50

Apakah itu i-Citra?

Kemudahan pengeluaran KWSP menggantikan i-Sinar dan i-Lestari.

Bilakah pembayaran pertama i-Citra?

Pada Ogos 2021.

Bila tempoh permohonan i-Citra?

15 Julai 2021 sehingga 30 September 2021.

Cara Permohonan i-Citra KWSP

Anda boleh buat permohonan online di Laman rasmi i-Citra KWSP icitra.kwsp.gov.my bermula 15 Julai 2021.

i-Citra KWSP pengeluaran bulanan RM 1,000 setiap bulan sehingga RM 5,000 dibenarkan oleh KWSP bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi bencana pandemik ini. Pengeluaran iCitra KWSP ini boleh dibuat bermula 15 Julai 2021.

Menerusi program i-Citra ini, lebih 13 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000.

Soalan Lazim

1. Mengapakah Pengeluaran i-Citra diperkenalkan?

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

2. Siapakah yang layak memohon?

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

3. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra?

Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

4. Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

5. Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?

Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

6. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)

7. Bilakah permohonan i-Citra boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

8. Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran i-Citra?

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

9. Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?

Boleh, tertakluk kepada kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Soalan 2.

10. Bilakah bayaran i-Citra mula dibuat?

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

11. Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran i-Citra?

Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk i-Citra. Rujuk kelayakan memohon di soalan 2.

12. Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

  1. i-Akaun (Ahli)
  2. Aplikasi mudah alih i-Akaun
  3. Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

13. Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

Info Penting lain Bantuan Pakej PEMULIH 2021