Kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 billion.
“Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.
“Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 ringgit pada bulan Ogos dan RM300 ringgit pada bulan November 2021,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Isnin.
Bagi kategori isi rumah B40 pula, jelas Muhyiddin akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember, manakala golongan bujang B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos.
“Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 ringgit pada bulan Ogos nanti,” jelasnya lagi.
Dalam pengumuman sama, Muhyiddin turut memaklumkan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso tahun 2021.
Bantuan itu dijangka memanfaatkan sehingga satu juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan RM500 juta.
Jumlah Bantuan Khas COVID-19 (BKC)
Berikut jumlah bantuan yang diumumkan:
- Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.
- Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November
- Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 ringgit pada bulan Ogos dan RM300 ringgit pada bulan Disember.
- Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos
- Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.
Jadual Pembayaran
Jadual pembayaran bagi BKC yang akan diterima penerima adalah seperti berikut:
Kategori Penerima | Bulan Ogos | Bulan November | Bulan Disember |
Isi rumah Miskin Tegar | RM500 | RM500 | RM300 |
Bujang Miskin Tegar | RM200 | RM300 | – |
Isi rumah B40 | RM500 | – | RM300 |
Bujang B40 | RM200 | – | – |
Isi rumah M40 | RM250 | – | – |
Bujang M40 | RM100 | – | – |
Cara Pemohonan
Bagi permohonan BKC, maklumat lanjut mengenai cara-cara membuat permohonan akan diberitahu dari semasa ke semasa selepas diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Soalan Lazim
Siapakah yang layak menerima bantuan BKC ini?
Terdapat 3 kategori penerima yang layak menerima BKC iaitu miskin tegar, B40 dan M40.
Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima bagi penerima yang layak?
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah daripada RM100 kepada RM1,300 mengikut kategori penerima.
Bilakah bayaran BKC akan dibuat?
Pembayaran BKC akan dibuat pada bulan Ogos, November, dan Disember mengikut kategori penerima.
Apakah matlamat utama pelaksanaan BKC?
Matlamat utama pelaksanaan BKC bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021
Info Penting lain Bantuan Pakej PEMULIH 2021 :-
- i-Citra KWSP | Cara Mohon Pengeluaran RM5000 dan Tarikh Pembayaran
- Senarai Penuh Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)
- PEMULIH | Cara Mohon Moratorium Automatik Tanpa Syarat 6 Bulan Bermula 7 Julai 2021