1 December 2017

Semakan dan Pendaftaran Online Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2018



SL1M adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.

KEMASKINI : SERDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan elaun bulanan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,500 sebelum ini.
Selain akan memberi lebih motivasi kepada pelatih, katanya beliau juga memahami keperluan mereka yang kebanyakannya  datang daripada pelbagai latar belakang kehidupan.

Menurut Najib, Ketua Sekretariat SL1M Norashikin Ismail telah berbisik kepadanya untuk mengumumkan sesuatu sebagai ‘hadiah' kepada pelatih SL1M.

"...dan selepas melihat kisah hidup pelatih SL1M, saya umumkan elaun bulanan pelatih dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,500 sebelum ini," katanya ketika berucap merasmikan Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Tengah di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini, Sabtu.
----


Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M Fasa 1) disertai oleh 49 syarikat GLC dan swasta. Kos elaun disediakan minimum RM1,000 sebulan selama tempoh latihan (maksimum 12 bulan).
Seramai 8,262 graduan telah diberi peluang menyertai program tersebut dan jumlah ini diagihkan kepada setiap syarikat yang terlibat untuk tujuan membantu peserta program mendapatkan pekerjaan setelah 6 bulan menamatkan pengajian.
Mengikut statistik seramai 3,879 peserta telah berjaya memperolehi pekerjaan dalam tempoh program dan daripada jumlah tersebut:
  • seramai 43% peserta telah berjaya diserap ke syarikat-syarikat yang terlibat dalam program; dan
  • seramai 57% peserta telah menerima tawaran pekerjaan dan menempatkan diri di syarikat-syarikat luar.
Bilangan peserta yang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh program adalah seramai 0.7% peserta.
Pelbagai usaha dan inisiatif telah dirangka untuk membantu sebilangan kecil ini bagi memperolehi pekerjaan seperti mengadakan kerjasama dengan Jobs Malaysia bagi menyuaipadankan peserta ke syarikat-syarikat yang mempunyai kekosongan jawatan dan termasuk kesyarikat-syarikat lain yang menyertai program SL1M.
Beberapa faktor yang menjadi penyumbang kepada status peserta yang tidak memperolehi pekerjaan iaitu:
  1. Kegagalan peserta menguasai kemahiran bahasa Inggeris dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik;
  2. Kurang keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan dan malu untuk meminta tunjuk ajar dari rakan sekerja;
  3. Kelulusan yang diperolehi peserta tidak memenuhi kriteria jawatan yang diperlukan;
  4. Tiada professionalisme, kurang berbudi bahasa dan tidak menunjukkan daya saing untuk terus menjadi yang terbaik.

SYARIKAT YANG MENAWARKAN SL1M 2018

Berikut antara syarikat-syarikat besar yang menawarkan program SL1M 2018, antaranya:
  • Khazanah
  • KWSP
  • Tabung Haji
  • PNB
  • CIMB
  • Maybank
  • MAS
  • MBSB
Untuk senarai lengkap, sila layari https://sl1m.my/

SYARAT PENYERTAAN SL1M

Berikut dikongsikan syarat-syarat penyertaan peserta ke program SL1M
  • Warganegara Malaysia
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda
  • Lepasan IPT dalam atau luar negara
  • Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima
  • Graduan perlu menghadiri temuduga SL1M. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan maklumat peserta dikeluarkan daripada senarai peserta aktif

APAKAH FAEDAH MENYERTAI SL1M?

Antara faedah kepada graduan yang menyertai SL1M 2018 adalah:
  • Mendapat latihan kemahiran insaniah (soft-skill training) dan latihan di tempat kerja (on-the-job training) beserta elaun bulanan min RM1,000/bulan yang disediakan syarikat
  • Mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat terkemuka yang terdiri daripada pelbagai sektor
  • Meningkatkan nilai kebolehgajian graduan di dalam pasaran pekerjaan sebagai calon paling berpotensi untuk diambil bekerja
  • Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehpasaran para graduan untuk mendapat pekerjaan di luar sana

PERMOHONAN / PENDAFTARAN SL1M ONLINE

Permohonan / pendaftaran SL1M 2018 perlu dibuat di portal rasmi SL1M atau layari https://sl1m.my/
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi 03-8872 3351/3379 atau emel ke sl1m@epu.gov.my.
Alamat SL1M seperti berikut:
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri
Kompleks B, Blok B5, Aras 2,
62502 Putrajaya 
Malaysia
Program temuduga terbuka SL1M peringkat zon sedang dan akan diadakan di seluruh malaysia dalam waktu terdekat. Semoga Berjaya.