Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat diteruskan pada tahun 2018 dengan pengekalan kadar bantuan kewangan maksimum RM1,200 sepertimana diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2018 yang berlangsung di Parlimen pada 27 Oktober 2017
Berikut Merupakan Jadual Pembayaran Br1m 2018 Serta Ketegori Yang Ditetapkan :
RM450 (Kategori 1) |
Berumur 21 tahun ke atas |
Individu Bujang |
Pendapatan Kasar Bulanan : RM2,000 dan ke bawah |
Penerima bantuan Baucar Buku adalah tidak layak untuk memohon BR1M |
Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja) |
RM900(Kategori 2) |
Isi Rumah (2) |
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas) |
Warganegara (Menetap Di Malaysia Sahaja) |
Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya seperti perkara di bawah |
Berkahwin/Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda / yang mempunyai tanggungan |
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama) |
Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas |
RM1,200 (Kategori 3) |
Isi Rumah (1) / E-Kasih |
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM3,000 dan ke bawah (termasuk warga emas) |
Warganegara (Menetap Di Malaysia Sahaja) |
Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya seperti perkara di bawah |
Berkahwin/Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda / yang mempunyai tanggungan |
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama) |
Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas |
CARA MEMBUAT PERMOHONAN BR1M 2018 ONLINE DAN MANUAL (GUNA BORANG)
Berikut adalah info berkaitan cara membuat perdaftaran permohanan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2018 secara atas talian (online) atau manual (guna borang)
Permohonan BR1M 2018 Online |
Permohonan secara online boleh dibuat melalui portal rasmi E-BR1M yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) |
Permohonan secara online hanya boleh dibuat dengan menggunakan komputer berikutan aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih |
Pemohon disarankan mencetak salinan permohonan dan perlu disimpan sebagai rujukan |
Untuk membuat permohonan sila layari Portal Rasmi BR1M menerusi pautan di bawah bermula tarikh permohonan yang telah dijadual dibuka pada 27 November hingga 31 Disember 2017 Sahaja |
https://ebr1m.hasil.gov.my |
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 2018 ONLINE
Semakan status BR1M 2018 boleh disemak sekitar bulan februari 2018, ianya boleh disemak menggunakan kaedah berikut :-
1. Semak Online
- Boleh disemak di STATUS BR1M 2018. Permohonan hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja.
Status Permohonan
Berikut diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-- Diterima : Permohonan telah didaftarkan bagi BR1M 2018 dan belum melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan
- Dalam Proses : Permohonan sedang dalam tindakan proses semakan dan verifikasi kelayakan. Kelulusan permohonan hanya akan diketahui bermula pada awal Mac 2018
- Ditangguhkan : Permohonan yang belum didaftarkan bagi BR1M 2018 kerana pemohon tidak mengemas kini maklumat BR1M dari BR1M 2014 hingga BR1M 2016. Surat makluman akan dikeluarkan agar pemohon mengemaskini maklumat permohonan dengan menggunakan Borang Rayuan/ Kemas Kini BR1M 2018(BK-07) di LHDNM dalam tempoh rayuan BR1M 2018 . Kegagalan pemohon untuk membuat permohonan BR1M2018 akan menyebabkan permohonan TIDAK LAYAK
- Lulus : Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
- Tidak Lulus : Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya. Permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan), pemohon TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Pemohon boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan (3 April 2018 sehingga 31 Mei 2018) untuk permohonan rayuan BR1M 2018.
- Status Kredit Tidak Berjaya : Untuk permohonan yang berstatus lulus tetapi proses pengkreditan Fasa 1 ke akaun bank adalah tidak berjaya (gagal kredit).Penerima yang berkenaan akan menerima surat makluman gagal kredit bertarikh 10 Mac 2018 [BK-02A(2)(i) / BK-02B(2)(i) / BK-02C(2)(ibt) / BK-02C(2)] iaitu surat makluman bersama baucar yang berwarna kelabu (cetakan hitam putih). Penerima perlu hadir ke mana-mana cawangan bank BSN dengan membawa surat makluman berkenaan untuk penunaian baucar mulai 20 Mac 2018.
2. Semakan Melalui e-Mail
- Hantar email anda ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.
3. Semakan Melalui Telefon
- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
4. Applikasi Mobile Semakan BR1M
Penerima BR1M kini boleh membuat semakan BR1M menggunakan Applikasi Mobile Semakan BR1M. Terdapat 2 jenis platform yang telah dibangunkan iaitu Android dan iOS. Diantara semakan yang boleh dibuat melalui applikasi semakan ini adalah :-- Status penghantaran borang
- Semakan status permohonan
- Status rayuan
- Semakan status bayaran
Langkah Buat Semakan Appplikasi Mobile
- Pilih Play Store atau App Store dan cari Semakan BR1M’. Kemudian muat turunaplikasi tersebut
- Buka aplikasi semakan yang telah berjaya dimuat turun, paparan Laman Utamaakan dipaparkan
- Untuk membuat semakan permohonan, sila pilih tab Semakan. Masukkan nombor pengenalan di ruangan yang disediakan dan pilih Semakan Status
- Jawab 2 soalan keselamatan dengan betul. Pemohon diberikan sebanyak 3 kali cubaan untuk menjawab setiap soalan. Selepas 3 kali gagal menjawab, semakan tidak dapat dilakukan bagi nombor pengenalan tersebut.
- Sila hubungi Cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan lanjut. Pemohon boleh menukar soalan dengan pilih butang Tukar Soalan. Paparan keputusan akan dikeluarkan sekiranya pemohon berjaya menjawab dua soalankeselamatan
- Pemohon boleh pilih pada tab Hubungi untuk membuat panggilan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.