9 November 2021

Cara Mohon Diskaun Pinjaman PTPTN

Permohonan Diskaun Pembayaran Pinjaman PTPTN dan Semakan Kelayakan, Diskaun PTPTN 15% bagi Penyelesaian penuh baki hutang dan 12% Bayaran lebih 50% dalam sekali bayar. Diskaun PTPTN Bayaran Penuh.

INSENTIF DISKAUN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN MELALUI BELANJAWAN 2022

Menteri Kewangan telah mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Pemberian diskaun ini mengikut kategori seperti berikut:

Pertama: Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh.

Kedua: Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan

Ketiga: Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.67 juta peminjam PTPTN.

Jika anda tidak tahu berapa lagi baki bayaran PTPTN yang perlu dibayar, sila rujuk:

KLIK SINI -> Cara Semakan Baki PTPTN Online Terkini

Selain bantuan diskaun ini, golongan belia dan mahasiswa juga akan menerima pelbagai insentif lain dalam Belanjawan 2022.

Antaranya termasuklah :

  • Pemberian tablet percuma melalui Inisiatif PerantiSiswa
  • Bantuan RM150 e-Start yang akan dikreditkan melalui e-Wallet
  • Dan lain-lain program pemerkasaan untuk belia dan juga para mahasiswa permata negara.

Terus layari laman web PTPTN untuk update terkini: https://www.ptptn.gov.my/