4 June 2021

Cara Semakan Keputusan SPM Terkini Online - SMS | APPS |


Cara Semakan Keputusan SPM 2020 pada Bulan Jun 2021 [Jangkaan] Secara Online

Terkini!! Pada masa ini negara dan seluruh dunia mengalami serangan pandemik covid-19 yang telah memberi impak kepada pelbagai sistem yang ada termasuk dalam Pendidikan di Malaysia. Justeru itu, KPM mengalami perubahan dalam sistem pendidikan kita termasuk PPD, guru-guru, pensyarah-pensyarah, pelajar dan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Terutama pelajar SPM 2020/2021.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amat penting untuk pelajar melangkah ke peringkat lebih tinggi seperti sijil, STPM, Diploma, Degree dan Matrikulasi. Sijil SPM adalah syarat wajib perlu ada dan perlu lulus dan kredit mengikut kursus yang dipohon nanti.

Tarikh Keputusan SPM 2020 Dijangka Bulan Jun 2021

Pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2020 keputusan anda boleh disemak jangkaan pada bulan Jun 2021 ini dengan hanya SMS atau pun Online.

Di bawah ini dikongsikan  secara detail dan terprinci bagi memudahkan para pelajar untuk menyemak keputusan SPM 2020.

KEPUTUSAN SPM 2020 DIUMUMKAN

Untuk membuat semakan secara online anda boleh menerusi pautan laman sesawang seperti dibawah.

Online:- Makluman keputusan yang dipaparkan secara online hanya ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN

#Semakan Online Klik Sini : Sppat.Moe.Gov

#Aplikasi Mobile : E Lembaga Peperiksaan

#SMS:- Calon-calon juga boleh mengetahui ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas MYsms 15888 dan sila rujuk kepada format seperti yang disertakan dibawah untuk tujuan penghantaran mesej.

Untuk makluman kesemua sistem diatas akan diaktifkan pada hari pengumuman peperiksaan diadakan. Akan tetapi bagi semakan menerusi sistem online ini, ianya hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Bagi mendapatkan lebih terperinci boleh terus ke sekolah tempat anda ambil peperiksaan atau menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.

Baca Juga : Semakan Panggilan Temuduga/Ujian UPU/IPTA Sesi Akademik 2021/2022