9 May 2021

Cara Daftar, Semak dan Kemaskini BPR 2021 Online

 


Maklumat untuk kemaskini BPR 2021

Secara amnya, ini adalah berdasarkan berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda perlu kemaskini:

#1 Nombor akaun bank terkini

  • Ini adalah bahagian yang paling penting sekali dalam kemaskini BPR 2021
  • Jika akaun bank tidak aktif, duit tidak dapat dimasukkan

#2 Status perkahwinan terkini

  • Jika anda sudah berkahwin, sila kemaskini BPR jika status dalam BPN 2.0 masih bujang.
  • Jika anda sudah bercerai atau berpisah, jangan lupa kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat jika status dalam BPN 2.0 masih berkahwin.
  • Bagi BPR Bujang, tidak perlu buat apa-apa jika status masih lagi bujang.
  • Untuk maklumat lanjut, sila baca panduan lengkap untuk kemaskini BPR Bujang kepada Berkahwin

#3 Nombor telefon terkini

  • Jika anda ada menukar nombor telefon baru, anda perlu mengemaskini BPR 2020
  • Jika gagal untuk kemaskini BPR dengan nombor telefon yang baru, ada kemungkinan anda tidak akan terima SMS dan notifikasi berkenaan pembayaran dan lain-lain lagi perkara yang penting.

#4 Maklumat anak terkini

  • Jika jumlah anak bertambah; contohnya dari 1 kepada 2; anda perlu mengemaskini BPR juga

Hanya selepas proses kemaskini ini, barulah anda boleh buat semakan BPR 2020 untuk melihat status samada lulus atau tidak apabila dibuka kelak.

Langkah mengemaskini BPR secara online

Ikut langkah di bawah untuk buat proses kemaskini BPR 2020 dengan maklumat yang terdahulu dari sistem BPN 2.0.

  1. Layari portal rasmi untuk login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
  2. Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
  3. Masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Tekan butang Semak
  5. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  6. Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan
  7. Anda akan dapat lihat:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
    • Jumlah Keseluruhan BPR
    • Maklumat Pendapatan
  8. Selepas Papar Borang, buat masa ini tidak ada butang Kemaskini lagi
  9. Sila tunggu sehingga fungsi ini dikembalikan dalam BPR pada masa yang akan diberitahu nanti
  10. Tekan butang Kembali
  11. Jika sudah boleh kemaskini nanti, anda perlu buat Kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah
  12. Maklumat tersebut termasuk:
    • Nombor Akaun Bank
    • Status Perkahwinan
    • Nombor Telefon
    • Maklumat Anak

Pertanyaan tentang kemas kini Bantuan Prihatin Rakyat

Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang pendaftaran, cara kemaskini BPR, semakan, rayuan dan juga permohonan baru.

Jangan risau.

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon BPR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BPR, permohonan BPR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

Pastikan ikut langkah-langkah untuk kemaskini BPR seperti yang disarankan. Ini adalah untuk mengelakkan terjadinya permasalahan pada masa akan datang, terutama sekali berkenaan pembayaran.

Selepas selesai semua proses mohon BPR dengan login BPR, barulah boleh buat semakan BPR untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.

Baca juga : Senarai Bantuan Kerajaan 2021 Di sini