17 December 2019

Semakan Online Bantuan Sara Hidup Bujang (BSH Bujang)

Semakan Bantuan Sara Hidup Bujang 2020 (BSH Bujang) RM300



SEMAKAN daN PERMOHONAN BSH BUJANG

Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi kategori bujang kini dibuka semula. Ia susulan daripada pengumuman Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng. BSH kategori bujang sebanyak RM300 akan mula dimasukkan ke dalam akaun penerima mulai penghujung Mac 2020. Permohonan BSH bujang boleh dilakukan mengikut butiran berikut.
Menurut Menteri Kewangan, penerima wang BSH sebanyak RM300 itu nanti mula dikreditkan pada penghujung Mac 2020. Senarai penerima BSH bagi kategori bujang diambil daripada pangkalan data BSH tahun 2019.
Untuk info, kategori bujang tidak perlu membuat kemaskini kerana data penerima akan diguna daripada tahun 2019. Bagi golongan bujang yang telah menerima BR1M pada 2019, secara langsung akan menerima BSH bujang 2020.

Semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup Bujang boleh dibuat menerusi portal MyBSH di https://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx
Namun berdasarkan info terkini berikut disenaraikan individu yang tidak layak menerima bantuan sara hidup rakyat tahun ini, antaranya:
  1. Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  4. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  5. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  6. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  7. Pemegang saham / pengarah syarikat
  8. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  9. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  10. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  11. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP BUJANG

AKAN DIKEMASKINI..

UNTUK YANG BELUM MEMBUAT PERMOHONAN BSH BUJANG BOLEH MOHON SECARA ONLINE

KLIK SINI!!