6 January 2020

Semakan Online Wang Tak Dituntut (WTD)

 

eGUMIS: Panduan Semakan Wang Tak Dituntut Online

Berita baik buat semua rakyat Malaysia! eGUMIS TELAH BOLEH DIBUAT SECARA ONLINE SEKARANG!! ... Layari => https://egumis.anm.gov.my/login

Jika pada mulanya anda perlu beratur di kaunter Wang Tak Dituntut (WTD) untuk membuat semakan, tetapi selepas ini anda boleh menyemak status anda hanya dihujung jari sahaja.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengambil langkah proaktif dengan membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan tersebut.

eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System akan dilancarkan bagi mempercepatkan proses semakan wang tak dituntut online. Berikut adalah garis panduan permohonan tuntutan WTD 2020.

Semakan WTD Online

“Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan turut menyertai Pusat Transformasi Komuniti Mudah Alih anjuran Kementerian Kewangan bagi membolehkan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar mengakses dan menyemak status wang tidak dituntut,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari tentang langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewujudan wang tak dituntut.
Mengikut laporan, sehingga 31 Oktober 2017 jumlah wang yang tidak dituntut adalah RM5.96 bilion dengan 70 peratus daripadanya disumbangkan oleh urusan perbankan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap yang tidak aktif selama lebih tujuh tahun.

Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut

Sementara menunggu sistem WTD online eGUMIS aktif sepenuhnya, anda boleh membuat semakan WTD di seluruh negara. Caranya seperti berikut:
  1. Sila ke kaunter JANM pada waktu bekerja
  2. Bawa bersama beberapa dokumen penting seperti MyKAD termasuk salinan sijil kematian sekiranya ingin menyemak bagi si mati
  3. Serahkan dokumen di kaunter JANM untuk pendaftaran
  4. Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan WTD
  5. Status WTD akan diketahui dalam beberapa minit sahaja tanpa eGUMIS
  6. Pegawai berkenanan akan menyenaraikan segala wang yang boleh dituntut beserta cara membuat tuntutan
  7. Sama seperti eGUMIS semakan ini 100% percuma

 ——————-

Cara Membuat Tuntutan WTD eGUMIS

Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon Wang Tak Dituntut dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.
Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.
Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.
Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan (Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD).
Jabatan Akauntan Negara juga menyediakan perkhidmatan ePenyata Gaji bagi memudahkan urusan semakan slip gaji online.

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi pejabat pendaftar WTD di alamat berikut:
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel: 03-2056 8000
Faks : 03-2072 5707 /2026 7430

SEMAK WANG TAK DITUNTUT ANDA SEKARANG!!