2 December 2019

Semakan Online Permohonan Pendaftaran Prasekolah

Permohonan Online Pendaftaran Prasekolah 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang Permohonan Prasekolah KPM 2020 termasuk memaparkan tarikh permohonan, syarat kelayakan dan aplikasi online :

○ Tarikh Permohonan: 1 Mac hingga 30 April 2020 bagi pengisian online manakala 1 Mac hingga 31 Mei 2020 secara manual

Syarat Kelayakan Memohon Prasekolah KPM

1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.

2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 sehingga 15 Januari 2017.

Pendaftaran Prasekolah KPM 2020 Online

Untuk membuat pendaftaran anak-anak anda ke Prasekolah KPM, ibu bapa boleh memohon secara online seperti berikut :
1. Layari ke portal E-Prasekolah di pautan https://eprasekolah.moe.gov.my.
2. Bagi pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
3. Kemudian, login masuk semula dengan menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
4. Isikan maklumat borang pendaftaran seperti maklumat prasekolah/ tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi anak.
5. Selepas itu, cetak borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen yang diperlukan.
Nota : Untuk maklumat lanjut tentang Permohonan Prasekolah KPM boleh dirujuk di MANUAL PENGGUNA.

Semakan Keputusan Pendaftaran Prasekolah Sesi 2020 Online

a. Secara Dalam Talian
Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my. Tarikh semakan akan dikemaskini nanti.

Rayuan Permohonan Prasekolah 2020

a. Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.
b. Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan
sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.
c. Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang yang sama.
d. Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

MOHON SEKARANG!!