23 February 2018

Semakan Online Markah KoKurikulum Pelajar eMKOKO


Sepertimana anda tahu, markah kokurikulum adalah merupakan satu penilaian yang penting bagi pelajar yang membuat kemasukan ke SBP, MRSM dan juga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Markah kokurikulum sangat diperlukan untuk mendapat sedikit kelebihan kerana 10% kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi dan juga ia penting ketika mengisi Permohonan UPU. Markah kokurikulum pelajar perlu diisi oleh guru kokurikulum di sekolah masing-masing. Dengan adanya sistem eMKOKO, pelajar boleh membuat semakan markah kokurikulum secara online sebaik sahaja guru mengisi markah masing-masing.

Semakan Online Markah KoKurikulum Pelajar eMKOKO

Berikut dikongsikan adalah cara semakan markah kokurikulum pelajar termasuk aplikasi online :

Apa itu Sistem eMKOKO?

Sistem Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum KPM atau lebih dikenali sebagai eMKOKO adalah satu sistem semakan secara online yang dibangunkan untuk para guru merekodkan penilaian markah kokurikulum bagi pelajar PT3, SPM, STPM dan STAM.

Cara Semak Markah Kokurikulum Pelajar Online eMKOKO

Berikut adalah panduan cara untuk menyemak markah kokurikulum pelajar secara online :
1. Layari ke portal rasmi eMKOKO di pautan https://emkoko.moe.gov.my/semak.cfm
2. Masukkan no kad pengenalan anda dan tekan butang semak.
3. Markah kokurikulum akan dipaparkan.
4. Jika ada sebarang masalah atau IC pelajar tiada dalam rekod, sila berjumpa guru kelas/guru kokurikulum di sekolah anda.

Skema Pemarkahan Kokurikulum

○ Tiada gred pemarkahan seperti peperiksaan.
○ Hanya ada markah 0 sehingga 10 iaitu minimum 0 dan maksimum 10.

Semak Sekarang!! Semoga Berjaya