KADS1M diwujudkan adalah satu inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan kos pengajian para pelajar sama ada institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Dengan adanya Kad Siswa KAD1SM, ia akan lebih selamat berbanding penggunaan Baucar Buku 1Malaysia pada tahun-tahun sebelumnya. Kad debit pelajar yang berjumlah RM250 boleh dibelanjakan bagi pembelian barangan dan perkhidmatan dari Rakan Dagang terpilih.
Semakan dan Permohonan Online Kad Debit Bank Rakyat KADS1M 2020
Berikut adalah cara semakan kad debit bank rakyat KADS1M 2019 termasuk cara permohonan, aplikasi online dan cara hubungi :Permohonan Kad Siswa Bank Rakyat KAD1SM 2019 Online
1. Isi borang permohonan KAD1SM secara online di pautan http://www.bankrakyat.com.my.2. Isi maklumat anda dengan lengkap.
3. Selesai mendaftar, pihak Bank Rakyat akan menghantar notis status permohonan di email masing-masing.
4. Hadir ke cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk pengambilan KAD1SM Debit-i.
Cara Semakan KAD1SM Online
1. Layari ke aplikasi https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/2. Sila masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang semak.
Cara Semakan KADS1M Melalui Talian Hotline
1. Telefon Bank Rakyat Hotline di talian 1 300 80 5454.2. Pilih Bahasa
3. Key in “1” untuk status permohonan KADS1M.
4. Key In No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat.
5. Beritahu receptionist yang anda ingin menyemak status permohon Kad Debit Pelajar anda.
6. Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan.
7. Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M.
8. Jika permohonan anda terdapat dalam sistem, maka anda berjaya dengan permohonan ini.
Dokumen yang diperlukan semasa pengambilan kad
NO. | UMUR DI BAWAH 18 TAHUN | UMUR 18 TAHUN KE ATAS |
---|---|---|
1. | MyKad (Asal & 1 Salinan) | MyKad (Asal & 1 Salinan) |
2. | Kad Pelajar (Asal & 1 Salinan) | Kad Pelajar (Asal & 1 Salinan) |
3. | Surat Kebenaran dari Ibu / Bapa / Penjaga | |
4. | 1 Salinan MyKad Ibu / Bapa / Penjaga | |
5. | Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat Pelajar / Pelanggan (Asal & 1 Salinan) |
Kegunaan Kad Debit Pelajar KAD1SM
○ Pelajar akan diberikan Kad Debit Pelajar KADS1M bernilai RM250.○ Kad debit pelajar boleh digunakan dimana-mana kedai buku yang terpilih sahaja. Terhad kepada jumlah RM250.
○ Hanya pembelian buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet sahaja dibenarkan menggunakan kad debit ini.
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
MOHON SEKARANG!!